Selasa, 11 Ogos 2009

GAMBAR KREATIF

GAMBAR KREATIF

GAMBAR KREATIF

CONTRUCTIVISME

Constructivisme adalah pergerakan abstrak dalam seni arca yang diasaskan oleh pengarca adik-beradik Antoine Pevsner dan (Naum Gabo) pada tahun 1917 di Rusia. Constructivism wujud daripada 'Construct Art'.

Pada tahun 1920, Manifesto Constructivism 'Realist Manifesto' telah diperkenalkan. Ia berkisar kepada perkembangan bersifat sosiologi yang bertentangan dengan pergerakan Vladimir Tatlin. Tatlin menyebut bahawa seni mestilah berfungsi kepada kehedak-kehendak dan berfaedah kepada masyarakat. Sementara dari sudut estetik pula arca merupakan satu isi padu static dalam ruang. Pada tahun 1920 itu, pameran Constructivist yang terbesar sengan 'Realistic Manifesto'nya telah diadakan. Ia memperjelaskan idea Archipenk dan Boccioni yang hanya menekankan kepada ruang, bukan isi padu sebagai ciri utama dalam seni arca.

Menjelang 1921, pergerakan ini mati di Rusia kerana sebab-sebab politik. Pelukis-pelukisnya beralih kepada rekabentuk, dekorasi pentas, percetakan buku dan apa saja jenis catan dan arca. Pada tahun 1922-192, Antoine dan Naum Gabo meninggalkan Rusia dan memperkenalkan pengaruh-pengaruh ini di Barat.

Seniman Constrictivisme memperkenalkan satu bentuk eni baru yang dapat meneroka bentuk serta nilai-nilai estetik dalam ruang. Idea mereka mempunyai pengaruh seni bina dan dekorasi Manifestasi mereka mengandungi arca-arca abstrak yang menggunakan bahan-bahan moden dan 'non -tradisi' seperti aluminium, perspek, kaca lutsinar dan plastik, di samping kaedah dan teknik industri seperti kimpalan (welding). Penggunaan bahan serta kaedah ini mampu menyalurkan ideologi moden, lebih bersifat intelek daripada keseronokan semata-mata.

Contoh Karya

1. Naum Gabo 'Linear Construction Variation' (1942-43)
2. Antoine Pevsner 'Construction in the Egg' (1948)

EKSPRESSIONISME

Ekspressionisme berpusat di Jerman . Selain dari seni lukis, aliran ini turut mempengaruhi sastera, drama, muzik dan seni bina. Ekspressionisme mencapai kemuncaknya pada sekitar tahun 1990-1920. Meskipun ia berpusat di Jerman, seniman-seniman dari beberapa negara Timur dan Eropah Tengah termasuklah Russia bertumpu ke bandar-bandar Jerman seperti Berlin, Munich, Dresden dan Cologne. Ini merupakan kelahiran bandar-bandar seni yang baru di Eropah, slepas Rom, Florence dan Paris.

Pada asalnya, Ekspressionisme bukanlah satu pergerakan seni. Ia lebih mencirikan kepada fakta asas kewujudan metafizika. Ekspressionsime mewakili unsur-unsur mistik, persoalan diri, penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap infiniti yang seringkali diekspressikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi yang kuat mahupun imaginatif.

Seperti satail aliran yang lain, Ekspressionisme menandakan satu lagi pembaharuan dalam bidang akademik seni. Impressionisme mengkaji cahaya warna dan bayang sementara Post-Impressionisme mempunyai kepelbagaiannya. Cezanne memecahkan bentuk alam kepada elemen-elemen geometric kon, silinder dan sfera, Seurat mengkaji teori warna yang saintifik sementara Gaunguin pula terpikat dengan Seni Oriental. Pendekatan Post-Impressionisme seperti Gaunguin, Van Gogh dan Edvard Much memainkan peranan besar dalam kelahiran Ekspressionisme.

Seniman-seniman Ekspressionisme memberikan satu daya gerak yang kuat dan segar, bebas dari Realisme dan Impressionisme. Meskipun masih bertalian dengan dunia objektif, melalui unsur-unsur deformasi, pengayaan, kontras warna dan kesedaran emosi 'seni primitif' pelukis-pelukis Ekspressionisme melahirkan dunia dalam mereka dalam stail, idiom dan imej yang tersendiri. Terdapat dua cabang Ekspressionisme ialah Die Brucke (The Bridge) dan Der Blue Reiter (The Blue Rider).

Die Brucke (The Bridge)

Ditubuhkan di Dresden pada 1905, karya-karya mereka merakamkan emosi manusia yang keras dan hebat. Karya mereka terbentuk dengan gabungan warna yang cerah, garisan ekspresif, bentuk dipermuda serta figura yang digayakan.

Contoh

1. Emile Nolde 'The Last Super' (1909)
2. Kirchner 'Street' (1907)
3. Erich Heckel 'Two Men at a Table' (1912)

Der Blaue Reither (The Blue Rider)

Ditubuhkan di Munich pada 1911. Karya-karya mereka lebih bersifat imaginatif dan tidak selaras.

Contoh Karya

1. Franc Marc 'Deer in the Wood' (1913)
2. Wassily Kandinsky 'Improvisition' (1912)


FAUVISME

Fauvisme merupakan aliran estetik dalam catan yang petama pada abad ke 20, yang didasarkan kepada penilaian terperinci terhadap 'pure color' (warna asli yang tidak bercampur). Fauvisme ditubuhkan di Paris pada 1905. Istilah Fauvisme dicipta oleh pengkritik seni, Louis Vauxcells di pameran dalam Salon d' automne (1905).

Di antara ciri-ciri utama karya Fauvisme ialah pengunaan warna tanpa batasan. Kepadatan warna juga dapat dihayati. 'Pure Color' digunakan sewenang-wenangnya untuk kesan emosi dan dekoratif, kadang-kadang seperti Cezanne menggunakannya untuk mengolah ruang. Pengaruh-pengaruh stail Van Gogh , Neo Impressionisme dan Cezanne dapat dikesan dalam Fauvisme . Subjek karya-karya Fauvisme termasuklah lanskap, figura manusia, permandangan dalaman dan alam benda. Fauvisme mencapai kemuncaknya di Salon d' automne (1905) dan Salon des Independants (1906). Ia seolah-olah menadi satu aliran sementara sebelum pelukis-pelukis itu mengikuti aliran-alitan lain. Di antara pelukis-pelukis Fauvisme ialah Henry Matisee, Andre Derain, Reoul Dufy, Georges Rouault dan Maurice de Vlaminck.

Contoh Karya

1. Henry Matisse. 'Joy of Life' (1905-06)
2. Andre Derain. 'London Bridge' (1906)
3. Raoul Dufy. 'Flag-decked Boat' (1904)

POST - IMPRESSIONISME

Tidak seperti Kubisme, Futurisme atau Surrealisme, Post -Impressionisme bukanlah sebuah kumpulan yang terancang . Ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir abad ke-19. Mereka dipengaruhi oleh Impressionisme, tetapi kemudiannya merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad. Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsip tersendiri.

Antaranya :

1. Minat terhadap kekukuhan bantuk, sebagaimana yang terdapat dalam karya-karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada abad ke-20 seperti Kubisme, De Stijil dan Seni Abstrak.

2. Minat untuk menggunakan warna, garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan Gaugiun. Ini mempengaruhi Ekspressionisme dan Surrealisme.

Post-Impressionisme telah diberi oleh pelukis dan pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada tahun 1910. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne, Gauguin, Van Gogh, tersebut Post-Impressionisme. Selain bermaksud pelukis-pelukis yang datang slepas Impressionisme, Fry dalam catalog pameran tersebut menjelaskan yang Post-Impressionisme adalah "pelukis yang tidak meniru bentuk , tetapi mencipta bentuk, tidak meniru sesuatu yang hidup, tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logik dan bernas, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-benda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita"Clive Bell, seorang pengkritik seni dan rakan rapat Fry dalam catalog yang sama menyebut, "Post-Impressionisme memudahkan, menolak 'detail', jelasnya, mereka menekankan kepada sesuatu perkara yang lebih penting kepada seni abad ke-20 ini"

Pelukis-pelukis Post-Impressionisme

Paul Cezanne

Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada tiga kategori asas geometric iaitu kon, selinder dan sepiar. Bentuk amat penting dalam karya-karyanya. Subjek-subjek seperti alam benda, landskap Aix-en-Provence dan figura manusia.

Contoh Karya

1. Self Potrait (187)
2. Mont. St Victoie (1886-88)
3. Still Life With Apples and Oranges (1895-1990)

IMPRESSIONISME

Impressionalisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya beberapa orang seniman di Paris pada sekitar tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu badan atau 'school' yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di tumpukan kepada 'menangkap kesan-kesan cahaya' untuk diterjemahkan di atas kanvas. Ciri-ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya mereka sebagai satu stail.

Impressionis ingin merakam perubahan cahaya yang turut membawa kesan kepada perubahan objek. Cahaya yang sentiasa berubah menyebabkan mereka tidak boleh menggambarkan sesuatu yang tetap. Mereka cuma boleh menampakkan satu kesan (impressi) dari cahaya yang lembut. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna, meneliti dan mencuba serta memahami teori 'warna adalah cahaya dan cahaya adalah warna'.